Hadith: Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya:Sesungguhnya tawar jampi, tangkal
azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami
kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.Pengajaran
hadis: i) Tawar jampi, tangkal azimat dan ilmu pengasih adalah haram di
sisi Islam sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami
maknanya atau yang berdasarkan sihir, memuja hantu syaitan dan jin iblis
atau yang mengandungi benda-benda najis dan kotor. ii) Perbuatan ini
adalah termasuk dalam perbuatan ˜syirik yang tersembunyi' yang diertikan
sebagai mengiktiqadkan sesuatu sebab itu dengan keadaan hakikatnya
memberi kesan yang baik atau buruk, contohnya disebabkan tangkal azimat
yang digunakan itu maka seseorang itu terselamat daripada bahaya dan
sebagainya. iii) Kecuali jika ia menggunakan ayat-ayat al-Quran,
nama-nama Allah atau sifat-Nya atau yang berbentuk zikrullah maka yang
demikian tidaklah diharamkan. iv) Di antara perbuatan syirik tersembunyi
yang lain adalah seperti; a) Menanamkan perasaan takut dan gerun kepada
kekuatan sesuatu yang lain dari Allah. b) Menumpukan harapan kepada
sesuatu yang lain daripada Allah. c) Bersumpah dengan sebarang sebutan
yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah. d) Mengatakan:
Kalaulah tidak kerana pertolongan dia, tentulah aku tidak berjaya dan
sebagainya. e) Mengatakan: Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis
meronda dan sebagainya tentulah rumahku dimasuki pencuri. f) Melakukan
sesuatu amal ibadat atau membuat sesuatu pengorbanan, perjuangan, bukan
kerana menjunjung perintah Allah tetapi untuk suatu tujuan yang lain. v)
Selaku umat Islam hendaklah kita menjauhi segala bentuk perbuatan yang
mensyirikkan Allah kerana dosa syirik adalah dosa yang paling besar.
Sebaliknya hendaklah meletakkan keyakinan bahawa segala sesuatu itu
adalah bergantung pada takdir Allah dan keizinan-Nya jua.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar